10/09/2015

Minggu Orientasi Di UNITAR ( 5 OKT - 8 OKT 2015 )

ASSALAMUALAIKUM ...

Alhamdulillah, permulaan oktober yg cukup baik. Dapat sambung pengajian di UNITAR dalam bidang yg amat yus minati,  BACHELOR OF EDUCATION (MATHEMATICS) selama 3 tahun. Bermula lah kehidupan sebagai mahasiswi UNITAR & happy sangat sebab dapat sambung pengajian dalam bidang perguruan iaitu menjadi seorang guru mathematics suatu hari nanti. In shaa allah. Ini lah pilihan yus. Yus sendiri buat pilihan ni. Yus sendiri yg apply nk masuk UNITAR. Tiada yg memaksa. Hidup kita bukan nasib tapi pilihan. Kalau diberi pilihan, pilihlah. Kita yg lebih tahu apa yg terbaik untuk kita. Kita pilih & Allah yg takdir & tentukan. Syukur lah sebab dapat belajar kota bharu je. Dekat dengan rumah. Tapi, tk jugak balik setiap minggu haha.

Happy yg teramat sangat sebab dapat jumpa kawan2 baru, kawan2 sekolah menengah dulu, jumpa balik. Tak sangka. Untuk pengajian kali ni, mempunyai 9 semester. 1 tahun 3 semester. Berbeza dengan diploma dulu, 1 tahun, 2 semester. Okay, pelajar baru, memang kena lah hadap orientasi. Tak kan daftar pengajian terus masuk kelas. At least, kita ni diberi pendedahan pasal tempat baru, suai kenal dengan semua orang, eratkan lagi hubungan sesama pensyarah & senior dll. Memang rugi, bila ada sesetengah yg daftar tu, tak hadir orientasi. Enjoy sangattt ! Macam2 aktiviti sepanjang 4 hari orientasi.Team building, duduk dalam group, buat sorakan, buat logo group & keluar depan present. Kotak misteri, buat bulatan besar, tengah2 ada 1 kotak yg berisi kertas2 yg menyatakan apa yg perlu kita buat bila muzik stop. Bola pingpong bergerak seiring dengan muzik. Hahahaha. Gila, yus salah seorang yg pegang bola pingpong & muzik itu diberhentikan. Apa boleh buat. Bangun terus & ambik lah kertas2 yg dalam kotak misteri tadi tu. Malu siot ! Tapi kena jugak buat. Alhamdulliah, baca je kertas tu '' Nyanyi lagu Faizal Tahir ' Gemuruh Jiwa ' " . Itu kira paling okay, sebab ada yg lain kena macam2, kena berlakon mengorat lah, jadi benda pelik2 lah. So, nyanyi lah hahaha. Nyanyi 4 baris je. Tak ingat lirik weyh.

(Sebelum klik video bawah ni, klik pause dulu muzik blog yus ya )



Inilah video kami sepanjang orientasi



















9/01/2015

KENANGAN BERSAMA MMESB

Setelah 3 bulan lebih kerja kat Monaliza Mastura Enterprise Sdn. Bhd. 31 Ogos, hari t'akhir yus kerja kat situ. Sedih, sebab dah rapat dengan semua orang, dah anggap kawan2 1 tempat kerja dah macam abg & kakak sendiri. Maklum lah, yus ni anak sulung, takde abg ataupun kakak hehe. Diorang memang the best ! TQ very much semua sebab jadi kawan sekerja yg paling baik. Susah senang, kerja sama2. Kena marah, sama2. Ketawa gila2, pun b'sama. Kadang2, tu b'gurau senda gila2 sesama sendiri, tapi semua tu, just fun. Sebab nak happy time kerja, tak nak stress hahaha. Tapi bila add item, stress gila haha. Kena b'dua dengan mimi buat add item.
Alahai, rindunya :'(

Abg Nick, Abg Yap, Abg Sim, Joe, Abg Peter, Abg Ise, Abg Aziz, Abg Mat, Kak Yuen & Mimi. You make my day. Tq for being love with love. Tq for being a good friends. Flying kiss :*
Yus dah resign, tapi harap hubungan yg baik ni tak akan t'putus. Selalu contact tanya khabar okay ! :)

Dear my big boss, WJWA (Wan Jefry Wan Ahmad)

Boss, terima kasih, terima saya bekerja dengan boss. Minta maaf kalau sepanjang 3 bulan lebih, saya ada buat silap & salah. Andai 1 hari nanti, saya tak tahu nak pergi mana, saya kerja lagi dengan boss ya !! . Kalau d'beri peluang lagi, in shaa allah. Banyak benda saya belajar kat Monaliza, first time dapat majikan yg agak unik macam boss kihkihkih. Sorry boss. Walaupun boss seorang yg tegas gila2 pasal kerja, tapi boss THE BEST !! Nama yg tak akan saya lupa 'CHRISTIEYN' sebagai panggilan sepanjang kerja kat Monaliza :)




Bonus daripada big boss WJ
Tq boss, I'm very appreciate 






                                                                MMESB RP GROUP
                                                   Team Work Make The Dream Work



Buat sahabat baik yus, Mimi Rafieza. Semoga terus success dalam kehidupan yg d'jalani. Jaga Nazihah. Nazihah, budak comel yang sangat bijak. Sabar menjalani liku2 kehidupan. Ada masa, kita keluar makan2 okay :)  Jadilah assistant yg t'baik untuk abg yap hahaha



8/14/2015

KONVOKESYEN (8 Ogos 2015)

Alhamdulillah, setelah 3 tahun study Diploma Akauntansi, akhirnya grad jugak, yeayy !! Happy sangat dapat jumpa balik kawan2 & pensyarah polimelaka. Ini lah detik kemanisan kami, konvokesyen. Bila dah konvo rasa macam, sepanjang 3 tahun yg lalu belajar, macam2 dugaan, macam2 yg aku tempuhi. Bukan senang. Tinggal di negeri orang, Melaka. Negeri yang penuh sejarah. Melaka banyak tinggalkan  kenangan yang paling manis & tak semudah itu untuk dilupakan, Malah akan terus bermain di fikiran ku selamanya :')




                                                           

Bersama Pn. Emilia Zurda
(penasihat akademik sepanjang 6 semester)



Amy, my classmate. English dia memang power
Dalam kelas, orang panggil dia 'madam'
Sekarang study kat MSU ambik degree akaun


Haaa, inilah jejaka2 malaya. My classmate. 2 orang takde
Dari kiri : Zaki, Fahmy, Hamzah, Abi, Bob & Wan
Semua tu asal Johor kecuali abi, dari Penang













My classmate & housemate


Abah & mama 



Satu2nya adik kesayangan


:: Gambar outdoor photoshoot prekonvo nanti yus update, sebab gambar tak siap lagi. In shaa allah, next monday baru dapat gambar. Tak sabar nak tengok hasil gambar prekonvo. Photoshoot penat gila, petang kat Klebang, sambung shoot malam pulak kat bandar melaka hahaha. Berbaloi laa, konvo sekali seumur hidup, simpan gambar2 sebagai kenangan  ::







7/25/2015

NAK SAMBUNG DEGREE !

Niat nak sambung belajar tu dah lama. Malah, sebelum habiskan study diploma lagi niat nak jugak sambung degree. At least degree. Dulu study akaun, bila nak further study lagi, memang nekad nak ambik pendidikan (cikgu). Tak nak lagi dah belajar akaun, sakit kepala, susah kot. 3 tahun ngadap akaun, ingat senang ke hahaha. Tapi berjaya jugak habiskan diploma, and no repeat no extend, alhamdulillah :) UPU dah banyak kali apply tapi, tak dapat. Dapat interview UPSI je. Boleh laa pengalaman kat UPSI hari tu hehe.

Kenapa nak sambung lagi ? Biasanya, bila dah kerja ni dah takde minat nak sambung belajar lagi. Tapi, aku tak, aku nak study lagi. Mama abah lagi lah, nak suruh aku study sampai PHD, macam pak sedara aku yg sorang tu, PHD holder weyh, umur 43 orang dah panggil dia DR. haaaa. Gaji masyuk tu. Tapi, ada degree holder pun dah memadai. Memang aku target, masa depan nanti, nak kerja bawah government. Sebab, banyak kemudahan. Pendek kata, semuanya jadi mudah & senang.

Sekarang pikir nak sambung study kat negeri sendiri pulak. Malas nak study jauh2 lagi dah. Biarlah, weekend aku boleh ulang alik dari kolej - rumah :)







Dah settle apply. Semoga dipermudahkan urusan

Bachelor Education (hons)

7/23/2015

JAMUAN RAYA KAT TEMPAT KERJA

Syawal ke 7. Jamuan raya nasi arab kat tempat kerja. Happening sangat !! Nasi arab sedap gila. Haaa.. hari ni jugak birthday Kak Yuen. Nasib baik lah, time makan tu, takde kerja yang kena buat, rileks lagi. Happy sangat sebab dapat berkumpul menjayakan majlis jamuan hari raya bersama kawan2 kerja dan boss WJ !


Yang kelakarnya, sape je yang lalu depan kedai atau sape2 je lah, boss ajak makan sekali haha. Comel boss ! Sporting !

Aku ni, pakai baju kurung, punya lah susah nak buat kerja, nak panjat ambik barang pun susah..sebab pakai kain. Terpaksa suruh si joe tolong panjat ambik barang. Takpe, bukan selalu pakai, hari ni pakai kurung sebab ada jamuan :)







Antara makanan yang disediakan





Monaliza Raya




  
                                     

 Hadiah daripada boss


  TQ semua

 Because I'm happy

10/10/2014

Tok Aman Bali Beach Resort

Assalamualaikum :)

Nak bercuti kat Kelantan, tapi tak tahu nak pergi mana hmmm. So, yus cadang untuk semua, pergi Tok Aman Bali Beach Resort Pasir Puteh Kelantan. Yus sekeluarga baru je balik dari sana. Kat sana, environment cantik..sesuai untuk family trip, honeymoon atau aktiviti2 untuk pelajar sekolah. Sebab, kat sana ada aktiviti air..contoh : Kayak, Pedal boat, Kmx riding, Riding bicycle dll. Nak cuba aktiviti semua kat sana, stay 1 malam tak memadai kot. 2 malam, okay. Kalau 1 malam, rasanya tak sempat nak try semua aktiviti kat sana. Kalau nak stay 1 malam pun, try je lah aktiviti yang korang suka & sempat main hehe !! Depan resort ni ada pantai, Pantai Bisikan Bayu. Kalau korang bosan kat dalam resort je, boleh ke pantai, depan tu je !!



                                                                         Pintu masuk










Ni bilik yang kitorng dapat
1 katil queen, 1 katil single..siap ada 1 sofa lagi
Haaa, cantik tak



Semua bilik kat sini ada balkoni ,1 meja & boleh tengok pemandangan tasik













Swimming pool kat sana besar sangat !! Seriously.. Best mandi ! 




  

Benda alah ni, kalau duduk tak nak bangun!! Hahaha. Siap boleh tido kat dalam tu tau 
Benda ni ada 2 je kat sana, jangan berebut nak duduk dengan orang lain sudah, ikut turn ya  hahaha !




Banyak sangat cermin, kat balkoni pun ada cermin


Yeahhh ! Dahhhh !! Dah tengok, suka tak ? Teringin nak pergi sana ? Okay !! Kalau nak, booking awal2, sebab kalau musim cuti sekolah atau musim perayaan, memang resort ni akan penuh. So, booking lebih awal okay :)   

http://www.tokamanbali.com.my/








7/08/2014

Rakan Seperjuangan Diploma Akauntansi


                                           
                                                 Malaysian Taxation 2 DAT 6A



Alhamdulillah tamat sudah Diploma Akauntansi sepanjang 3 tahun bersama :) Kitorang dah grad ! ! ! Thank you semua pensyarah, kawan2 & ibubapa kami, sebab kita semua dah selesai 1 tahap yang membanggakan dengan pencapaian masing2,  selesai 1 tanggungjawab sebagai pelajar Diploma. Apa plan seterusnya ? Ada yang nak sambung degree.. Ada yang nak terus kerja.. Ada yang dah nak kahwin pun !! Ehhh, hahahaha


Penghujung bulan April yang lepas, kitorang dah tamat pengajian diploma. Sekarang dah masuk bulan julai !! cepat masa berlalu. Dah mula rindu kawan2 kat Melaka :')





Walaupun Poli rumah kedai,  kami bersyukur, semua bilik kuliah ada penghawa dingin !!
 KAU ADA ? ? Hahaha



Nahhh ! Ni hero2 class DAT 6A



Ni pulak, housemate yus



Minggu exam, lepak tepi pantai..makan char kuew tiaw dengan housemate

### Semua tu, yus share gambar2 sepanjang semester akhir tau..banyak lagi gambar...tapi ni je laaa yang  mampu upload
### Tq tq tq !! Kenangan Melaka, tak akan yus lupa.. Tq korang sebab jadi kawan yang baik
### Susah senang kita bersama, assignment tak siap, sampai tak tido..kerja last minute tapi result gempak !! Huahuahua
### Sepanjang bersama ada gaduh2, itu semua perkara biasa.. Ada ''Sleeping partner'' bila buat kerja dalam group..tu semua normal kann. Gaduh2, but care to each other, love to each other :) 


Khas untuk kawan2, thank you SAHABAT :')      
Nak tengok video kat bawah tu, jangan lupa pause music blog yus dulu okay !