5/13/2013

Salam Mei

Assalamualaikum w.b.t ...



        Check it out ! Apa khabar semua ? Sihat ? HeHe . A long time no story or event for me right ? HaHa.. Yus tengah free.. Sekarang cuti sem.. Goyang kaki kat rumah je nihh.. :D Tengah tunggu nak ambik lesen then nak terus balik Thailand . Alhamdulilah setelah hampir 5 bulan menjalani Latihan Industri di Saudara Press iaitu Syarikat Percetakan di Thailand :) semuanya berakhir dengan jayanya . Yus & family baru je balik dari Melaka beberapa hari yang lalu..family teman balik Melaka sebab kena submit report dengan presentation . Kiranya, 3 hari 2 malam kitorang kat Melaka . Alhamdulillah yus & kawan-kawan semua berjaya tamatkan Latihan Industri dan membentangkan semua hasil laporan kepada pensyarah tentang aktiviti kami di organisasi semasa Latihan Industri dijalankan.

       Menjejakkan kaki di bumi Melaka setelah 5 bulan tinggal poli.. Hmm.. Perubahan tu ada.. Yang berubah tu..kat Poli je lahh.. Apa yang Yus perasan lah..balik Poli kali ni ramai pensyarah pregnant.. Wahh ! Alhamdulillah :) Kat sini Yus nak kongsi cerita semasa presentation dilangsungkan HeHe.. Yus salah seorang yang kena present dengan panel En.ShahrulNizam & En.Zaki :) Kedua-dua pensyarah ni okay.. Nasib baik dapat letcurer sporting.. Kahkahkah.. Senang kerja kitorang nak present.. Kitorang 1 bilik kuliah BK 1O - Hamzah,Abib,Izzul,Myza,Widdia,Ain & Sarah present ! Yus orang yang ke - 5 kena keluar present.. :) Yang first kena present Widdia.. HaHa.. Chill.. Widd rapat dengan En.Shahrul.. :D En.Shahrul laa suruh Widd present dulu.. Kalau ikut nombor matrik memang bukan Widd yang present dulu..

       Apa yang kita present adalah apa yang telah dilakukan di organisasi . Itu saja . Sepatutnya kena cerita background company,apa punya visi and mission company.. Tapi,ada sesetengah lecturer tu,dia tak nak tahu semua tu.. So,terpaksa langkah slide yang lain..just present aktiviti je.. Ini apa yang Yus dengar daripada kawan Yus sendiri.. Dia kena dengan letcurer perempuan.. Normal.. Setiap letcurer tak sama dia punya procedure.. Tapi,panel pensyarah yus terbaikk.. !! Kitorang cerita apa pun.. Diorang dengar sampai habis then..tak set masa present pun.. Sepatutnya 15 minit kena present tapi,diorang tak ambik masa pun..

        Sebelum turn Yus present..Abib.Yus suka tengok cara Abib present.. Present dia je letcurer boleh gelak..  HaHa.. Mungkin dia orang yang macam tu.. Lawak !Thumbs up Bib ! Sampai je turn Yus, first slide je buka Hah.. Letcurer terus cakap ''Ooo..yang Thailand ekkk ' ? Me : senyum tersipu malu.. HaHa..



Slide Presentation


         Presentation 10 minit 5 minit soal jawab . Yus punya..soal jawab masa tengah present . Bila dah habis present,letcurer tak tahu nak tanya apa lagi sebab dah tanya masa tengah present HaHa.. Ni yang Yus suka ni.. :D Thank you Encik ! Apa yang Yus present just apa yang yus buat kat company tu.. For example : Calculated salary of staff, staff insurance , key in account in UBS Accounting System , ambil cek , pergi bank , tolong akak2 abang2 kat sana print poster, business card, dll . First LI, Yus terpikir aku ni student accounting then practical pulak kat syarikat percetakan . So, ada kena mengena tak dengan apa yang yus belajar selama ni ?. Nak tahu kenapa.. syarikat ni just syarikat cetak.. Ya, memang akaun tu pasti ada.. tapi,tak sehebat accounting firm yang real punya.. Tapi lama kelamaan Yus nampak dia punya flow.. Nak kaitkan antara 2 bidang iaitu bidang percetakan dan perakaunan.. 2 bidang yang yus rasa, 1 ilmu yang yus perlu perolehi untuk masa hadapan.. Wahh.. It's great ! Win - win situation for me ! Thankful . 


         Aktiviti yang Yus paling suka buat dan excited gila nak buat.. Nak tahu apa ? Kira gaji ! Wowowo..kalau korang ada kat tempat Yus.. Korang dapat rasa.. This's real situation how to calculated salary of staff  . Overall semua staff 15 orang dan 2 orang staff sampingan . Best dan mencabar . Sebelum ni..tak tahu dan tak reti nak kira then supervisor Yus yang ajar sampai la Yus mahir dalam mengira gaji . Elemen kira gaji.. Kita kena kira berapa minit diorang lewat.. Kira OT.. Kira berapa hari diorang tak datang.. Then.. setiap kelewatan datang kerja diambil kira menngikut setiap per minit & per jam . Ada yang kena potong gaji sebab dalam sebulan tu lewat 360 minit.. So,gaji kena potong 360 baht = RM 36.. Kan dah rugi.. Semua nya dalam sistem.. Tapi,setiap apa yang dilakukan pasti ada silapnya..Yus tak terlepas daripada buat silap dalam kerja.. HeHe.. Nak tahu apa..? Salah masukkan gaji untuk staff.. HaHa.. Sepatutnya gaji ni..untuk orang ni.. Tapi,dah masukkan dalam sampul orang lain.. And how ! Bahaya.. Sistem kat sana.. Masing2 tak boleh tahu  gaji kau berapa gaji aku berapa . No no no tak boleh tahu..kat sana memang macam tu . Tak payah nak pelik . Tapi,benda boleh settlekan..Hehe.. Semuanya ok :)

           Rasanya kali ni Yus panjang membebel ni HaHa . Ini sedikit sebanyak coretan mengenai praktikal & presentation . Just want to share :) Terima kasih juga kepada semua staff Saudara Press sebab dah banyak bagi tunjuk ajar serta ilmu yang yus boleh apply pada masa hadapan . Terima kasih sudi jadi 'officemate' yang sangat happening sepanjang Yus praktikal . Hari last praktikal bawa Yus belanja makan lagi hehe. Thank you so much sisters and brothers . Ada rezeki kita jumpa lagi .





Bersama staff




Last day practical