Nak bercuti kat Kelantan, tapi tak tahu nak pergi mana hmmm. So, yus cadang untuk semua, pergi Tok Aman Bali Beach Resort Pasir Puteh Kelantan. Yus sekeluarga baru je balik dari sana. Kat sana, environment cantik..sesuai untuk family trip, honeymoon atau aktiviti2 untuk pelajar sekolah. Sebab, kat sana ada aktiviti air..contoh : Kayak, Pedal boat, Kmx riding, Riding bicycle dll. Nak cuba aktiviti semua kat sana, stay 1 malam tak memadai kot. 2 malam, okay. Kalau 1 malam, rasanya tak sempat nak try semua aktiviti kat sana. Kalau nak stay 1 malam pun, try je lah aktiviti yang korang suka & sempat main hehe !! Depan resort ni ada pantai, Pantai Bisikan Bayu. Kalau korang bosan kat dalam resort je, boleh ke pantai, depan tu je !!
Ni bilik yang kitorng dapat
1 katil queen, 1 katil single..siap ada 1 sofa lagi
Haaa, cantik tak
Semua bilik kat sini ada balkoni ,1 meja & boleh tengok pemandangan tasik
Swimming pool kat sana besar sangat !! Seriously.. Best mandi !
Benda alah ni, kalau duduk tak nak bangun!! Hahaha. Siap boleh tido kat dalam tu tau
Benda ni ada 2 je kat sana, jangan berebut nak duduk dengan orang lain sudah, ikut turn ya hahaha !
Banyak sangat cermin, kat balkoni pun ada cermin
Yeahhh ! Dahhhh !! Dah tengok, suka tak ? Teringin nak pergi sana ? Okay !! Kalau nak, booking awal2, sebab kalau musim cuti sekolah atau musim perayaan, memang resort ni akan penuh. So, booking lebih awal okay :)
http://www.tokamanbali.com.my/