Alhamdulillah, permulaan oktober yg cukup baik. Dapat sambung pengajian di UNITAR dalam bidang yg amat yus minati, BACHELOR OF EDUCATION (MATHEMATICS) selama 3 tahun. Bermula lah kehidupan sebagai mahasiswi UNITAR & happy sangat sebab dapat sambung pengajian dalam bidang perguruan iaitu menjadi seorang guru mathematics suatu hari nanti. In shaa allah. Ini lah pilihan yus. Yus sendiri buat pilihan ni. Yus sendiri yg apply nk masuk UNITAR. Tiada yg memaksa. Hidup kita bukan nasib tapi pilihan. Kalau diberi pilihan, pilihlah. Kita yg lebih tahu apa yg terbaik untuk kita. Kita pilih & Allah yg takdir & tentukan. Syukur lah sebab dapat belajar kota bharu je. Dekat dengan rumah. Tapi, tk jugak balik setiap minggu haha.
Happy yg teramat sangat sebab dapat jumpa kawan2 baru, kawan2 sekolah menengah dulu, jumpa balik. Tak sangka. Untuk pengajian kali ni, mempunyai 9 semester. 1 tahun 3 semester. Berbeza dengan diploma dulu, 1 tahun, 2 semester. Okay, pelajar baru, memang kena lah hadap orientasi. Tak kan daftar pengajian terus masuk kelas. At least, kita ni diberi pendedahan pasal tempat baru, suai kenal dengan semua orang, eratkan lagi hubungan sesama pensyarah & senior dll. Memang rugi, bila ada sesetengah yg daftar tu, tak hadir orientasi. Enjoy sangattt ! Macam2 aktiviti sepanjang 4 hari orientasi.Team building, duduk dalam group, buat sorakan, buat logo group & keluar depan present. Kotak misteri, buat bulatan besar, tengah2 ada 1 kotak yg berisi kertas2 yg menyatakan apa yg perlu kita buat bila muzik stop. Bola pingpong bergerak seiring dengan muzik. Hahahaha. Gila, yus salah seorang yg pegang bola pingpong & muzik itu diberhentikan. Apa boleh buat. Bangun terus & ambik lah kertas2 yg dalam kotak misteri tadi tu. Malu siot ! Tapi kena jugak buat. Alhamdulliah, baca je kertas tu '' Nyanyi lagu Faizal Tahir ' Gemuruh Jiwa ' " . Itu kira paling okay, sebab ada yg lain kena macam2, kena berlakon mengorat lah, jadi benda pelik2 lah. So, nyanyi lah hahaha. Nyanyi 4 baris je. Tak ingat lirik weyh.
(Sebelum klik video bawah ni, klik pause dulu muzik blog yus ya )
Inilah video kami sepanjang orientasi